5 Tips Cara Menurunkan Kolesterol Dalam Badan Secara Semulajadi dan Halal

Tahukah Anda Kolesterol Terdapat Dua Jenis, LDL dan HDL. LDL mudah difahami sebagai kolesterol yang jahat manakala HDL pula adalah kolesterol yang baik.

LDL ialah Kolesterol yang merosakkan badan. LDL ini yang akan membuatkan salur darah yang berdekatan dengan jantung. Kolesterol yang jahat dan tak baik semua datang dari makanan yang tidak sihat, juga dikenali sebagai LDL. Antara makanan yang tinggi kandungan LDL termasuklah makanan yang deep-fried, lemak daging dan kulit haiwan. LDL juga terhasil apabila radikal bebas mengoksida HDL – ia membuatkan HDL bertukar menjadi LDL.

Manakala HDL pula adalah kolesterol kategori kolesterol baik. Ianya baik kerana ia berfungsi untuk bawa LDL yang ada dalam sel badan kepada hati. Organ hati akan singkirkan LDL ini dari badan. HDL juga berfungsi untuk menurunkan bacaan LDL. Klik video di bawah untuk memahami bagaimana LDL merosakkan salur darah di jantung dan bagaimana HDL berfungsi untuk turunkan bacaan LDL.

Jadi pada posting ini kami ingin berkongsikan 5 Tips Cara Menurunkan Kolesterol Dalam Badan secara semulajadi.

5 Tips Cara Menurunkan Kolesterol Dalam Badan Secara Semulajadi dan Halal

Di dalam pasaran terlalu banyak jenis ubat-ubatan, tidak kiralah ubatan untuk masalah apa pun, ianya termasuklah ubat kolesterol. Ramai yang mencari cara menurunkan kolesterol melalui pakcik Google, ya pasti banyak hasil carian yang anda akan dapat kan? Tapi terpulang pada anda untuk ikhtiar mana-mana ubat kolesterol yang ada dipasaran seperti di farmasi dan dijual secara online. Tapi ada juga perlu tahu apakah masalah yang anda alami, benarkah bacaan kolesterol anda tinggi? Jadi sebelum anda mengamalkan apa-apa jenis supplement untuk mengurangkan kolesterol anda perlulah pastikan berapakah bacaan kolesterol anda yang terkini dengan dapatkan pemeriksaan dengan doktor atau pergi ke klinik kesihatan.

Tips 1 : Biji Ketumbar. Ya, biji ketumbar telah digunakan sejak beratus tahun sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi untuk membantu masalah kolesterol tinggi dan ianya menjadi petua hilangkan kolestrol yang dipercayai oleh orang zaman dahulu. Cara untuk mengamalkannya, Amalkan: Masukkan dua sudu biji ketumbar dalam satu cawan air dan rebus. Tapis airnya dan minum dua kali sehari. Untuk lebih enak, tambah gula atau susu.

 

Tips 2 : Bersenam. Bersenam setiap hari dapat meningkatkan metabolisme tubuh dan menyukarkan tubuh untuk dihinggapi virus yang boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti demam, batuk, selsema dan sebagainya. Dengan bersenam juga dapat membantu anda untuk mengurangkan kolesterol dengan berkesan apabila anda konsisten sekurang-kurangnya 3 kali dalam tempoh seminggu untuk 30 ke 45minit. Cukuplah anda pusing satu taman perumahan atau anda berjalan kaki dengan laju mengelilingi tasik rekreasi. Ianya dapat membantu anda untuk mencairkan kolesterol dalam badan.

Tips 3 : JUS OREN. Minum jus oren selalu kerana ia mengandungi vitamin C, folate dan flavanoids yang membantu mengurangkan kolesterol dalam darah. Amalkan: Minum jus oren segar dua kali sehari

Tips 4 : OAT Mengurangkan kolesterol dan mencegah penyerapan kolesterol ‘jahat’. Amalkan: satu cawan oat bersamaan tiga gram serat dan beta-glucan. Boleh tambah buah atau walnut untuk menyedapkan hidangan oat.

Tips 5 : RED YEAST RICE. Mengandungi kompaun monacolins yang mengurangkan kolesterol Amalkan: Boleh dibeli di farmasi dalam bentuk tablet, ia boleh dimakan dua kali sehari. Dapatkan dahulu nasihat daripada doktor sebelum mengambilnya. Tidak digalakkan untuk wanita hamil dan menyusu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *